Senin, 11 Februari 2008

APA itu ebook

Selamat sejahtera

em,,..disini saya inigin mengajak rakan-rakan berkongsi ilmu,mungkin yang dah tahu em...tak perlulah tahu huhuhu tapi saya yakin di luar sana masih ramai yang tertanya-tanya apa itu e-book.
Baiklah untuk tidak membuang masa mari saya terangkan apa itu ebook sebenar.

Baiklah, secara ringkasnya ebook merupakan electronic book atau buku elektronik iaitu dalam bentuk digital yang fungsinya hampir sama seperti buku biasa.Apa yang membezakannya ialah ebook dibaca melalui komputer atau peralatan elektronik lain seperti pda, handphone, ebook reader dan pelbagai lagi.Format pdf adalah yang paling popular buat masa ini dan anda memerlukan perisian Adobe Reader untuk membacanya.Ianya boleh didownload secara percuma di http://www.adobe.com/products/acrobat/readstep2.html

Biasanya ebook boleh dicetak semula jika anda rasa kurang selesa membacanya melalui komputer.Kalau ebook tu dalam Bahasa Inggeris anda boleh suruh perisian Acrobat tu membacanya untuk anda tapi saya lebih rela baca sendiri sebab susah nak faham apa yang disebutnya.Tambahan pula terdapat banyak arahan yang harus diikuti untuk mendengarnya secara lisan.Kadang-kadang bahasanya agak sukar difahami.

Dari segi pengedaran pula ebook boleh diedarkan secara serta merta.Jika ebook percuma selalunya memang begini dan ebook berbayar juga boleh jika anda memilih cara bayaran kad kredit / paypal dimana sebaik proses bayaran dilengkapkan anda akan terus mendapat download linknya.

Untuk ruangan seterusnya saya akan cuba mempromosikan koleksi ebook saya,Kebanyakan ebook yang saya ada adalah copyright reseller right jadi saya mempunyai hak untuk menjualnya semula kepada rakan-rakan.Apa yang pasti untuk permulaan ni saya akan cuba memberikan tawaran yang paling minimun dengan menawarkan bonus ebook tambahan.

Bagi yang tiada komputer anda jangan susah hati...saya juga menyediakan pakej manual yang diprint siap dibinding lagi..dan saya akan tunjukkan sampel nya pada ruangan akan datang.Cuma harganya tentu agak tinggi dari yang elektronik kerana saya memperuntukkan sekali kos penghantaran,print,dan binding.

Sekiranya anda berminat@kaki buku...@ulat buku cuma emel pada saya .Saya akan meresponekan secepat mungkin.

Antara koleksi saya ialah?,,,ops...itu saya akan tunjukkan kemudia,...surprise untuk anda...

tunggu............!!!!

Tidak ada komentar: